YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU

LATAR BELAKANG

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) telah diperbadankan pada 31 Mac 1994 di bawah AKTA SYARIKAT 1965 sebagai Syarikat Jaminan Terhad ('LIMITED BY GUARANTEE').

YPU telah mula beroperasi pada 1 Julai 1994 di Wisma Darul Iman sebagai Agensi Pembangunan Keusahawanan Negeri Terengganu yang mengkhususkan kepada usaha untuk Mewujud dan Menyelaras Program Pembangunan Keusahawanan Negeri Terengganu.

Pada tahun 1996, YPU telah berpindah ke Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, Kuala Terengganu, Terengganu. YPU dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu : Bahagian Pentadbiran & Korperat, Pengurusan Aset & Kewangan, Bahagian Pembangunan Usahawan, Bahagian Pembangunan Perniagaan dan Bahagian Pembiayaan.

YPU juga mempunyai Pusat Latihan Kemahiran Ukiran Kayu yang lebih dikenali sebagai Desa Ukiran Kayu (DUK). Ianya beroperasi di Kg. Raja Besut, Terengganu. Selain itu, YPU juga mempunyai Pusat Pengumpulan, Pemprosesan dan Pembungkusan Produk (T'P3) yang bertempat di Ajil, Hulu Terengganu.

VISI DAN MISI YPU

RINGKASAN BAHAGIAN PERKHIDMATAN

BAHAGIAN PEMBANGUNAN USAHAWAN

Melahirkan usahawan yang berilmu dan berpengetahuan dalam aspek pengurusan serta mempunyai ciri-ciri usahawan yang berdaya saing melalui latihan dan kursus yang dianjurkan. Membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan di kalangan rakyat Negeri Terengganu.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PERNIAGAAN

Bantuan Pembangunan Perniagaan salah satu usaha yang diperkenalkan untuk membantu usahawan tempatan meningkatkan kualiti produk PKS agar lebih berdaya saing dan setanding di pasaran tempatan mahupun di pasaran global.

BAHAGIAN PEMBANGUNAN PEMBIAYAAN

Pembiayaan perniagaan adalah pinjaman kepada mereka yang ingin mengembangkan perniagaan. Terdapat 2 kategori pinjaman iaitu pinjaman perniagaan atas talian dan pinjaman perniagaan yang mempunyai premis.

BAHAGIAN PENGURUSAN ASET

YPU turut mempunyai lot premis perniagaan yang memberi kemudahan penyewaan kepada usahawan. Sejumlah 114 lot premis perniagaan dan satu Kompleks Usahawan Terengganu yang dikenali sebagai KUT.