Jumlah Pembiayaan:
RM5,000.00
Jangkamasa Bayaran:
25 bulan
Kadar bayaran:
RM200.00 x 25 bulan
Cagaran / Caj Keuntungan / Penjamin:
Tiada
Kadar Caj Perkhidmatan:
RM100.00
PENGHASILAN PRODUK HILIRAN BAGI:-
1. SEKTOR PERTANIAN
2. SEKTOR PENTERNAKAN
3. SEKTOR AKUAKULTUR
Borang permohonan boleh diambil di Pejabat YPU / Website YPU. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke YPU. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima dan akan dikembalikan.
Pegawai Penilai akan membuat lawatan ke premis / ruang perniagaan bagi memproses dan menilai permohonan pemohon.
Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pengurusan Kredit akan dilaksanakan bagi mendapatkan keputusan kelulusan atau penolakan permohonan.
Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah permohonan diluluskan
1. Penyaluran dana pembiayaan akan dimasukkan terus ke akaun peminjam.
2. Peminjam perlu menghantar:
Muka hadapan akaun Bank Islam
atau
Muka hadapan akaun bank lain (Tidak Digalakkan)
Dan salinan Kad Pengenalan bagi proses kemasukan duit dan bayaran balik pembiayaan.
3. Bayaran balik pembiayaan adalah secara Auto Debit menggunakan akaun yang diberikan.
1. Pemohon adalah berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
2. Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu / bermastautin di Terengganu (>10 tahun berserta bukti) dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
4. Mempunyai tempat / ruang perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.
5. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah dan aktif dari tarikh pendaftaran SSM sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh
pendaftaran SSM. (Syarikat Milikan Tunggal & Perkongsian sahaja.)
6. Mempunyai penyata bank pemohon / syarikat yang aktif sekurang-kurangnya 3 bulan
7. Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.
8. Tidak mempunyai rekod bayaran / kewangan yang tidak memuaskan dengan mana-mana agensi kewangan yang lain.
9. Pemohon mestilah berdaftar sebagai Ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT).