PENDAFTARAN KONTRAKTOR & PEMBEKAL YPU

Pendaftaran sebagai kontraktor atau pembekal kepada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.

1. Setiap syarikat Kontraktor/Pembekal yang berurusan dengan YPU adalah diwajibkan mendaftar dengan YPU.

2. Borang pendaftaran yang disediakan hendaklah diisi dengan lengkap, bertandatangan dan mempunyai cop rasmi syarikat.

3. Maklumat yang diisi mestilah benar, tepat dan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap dengan sendirinya terbatal.

4. Jika berlaku sebarang perubahan dalam butiran pendaftaran, sila maklumkan kepada pihak pengurusan YPU.

5. Permohonon ini bukan merupakan perjanjian untuk mendapatkan mana-mana kerja/kontrak/sebutharga/tender dengan YPU..

6. Setiap permohonan pendaftaran dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) dengan tempoh sah laku selama dua (2) tahun.

7. Pembaharuan pendaftaran pula dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja) dengan tempoh sah laku selama satu (1) tahun.
1. Borang Pendaftaran Kontraktor/Pembekal Lengkap.

2. Salinan Sijil / Lesen yang disahkan:
Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)-CIDB Malaysia
Sijil Pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
Sijil Pendaftaran SST – Jabatan Kastam Malaysia
Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)/PUKONSA/UPKJ
Lain-lain sijil/lesen berkaitan (sekiranya berkaitan)

3. Profil Syarikat.

4. Penyata Kewangan tiga (3) bulan terkini.