SKIM PEMBIAYAAN PROGRAM PENINGKATAN KAPASITI ENTERPRISE TERENGGANU (T’CAP)

Skim Pembiayaan Program Peningkatan Kapasiti Enterprise Terengganu (T’CAP) merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) yang bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaannya. Pembiayaan ini dilaksanakan di bawah Skim Pembiayaan Tanpa Faedah - Al-Ijarah.

Jumlah Pembiayaan:
Sehingga RM200,000.00

Jangkamasa Bayaran:
Sehingga 5 tahun

Cagaran:
Tiada

Kadar Caj Pengurusan:
2% setahun

Kadar Caj Perkhidmatan:
RM100.00 bagi setiap kelulusan

Penjamin:
Kakitangan Kerajaan / Swasta (Yang telah disahkan oleh Majikan)
Berumur 21 – 55 tahun
Had Gaji Kasar Penjamin:
Minima RM3,000.00
Khusus kepada Usahawan PKS yang Berprestasi Tinggi (Pasaran Luar Negera).

Memperbaharui atau ke Arah Pensijilan Halal Malaysia.

Usahawan bagi produk Kraf dan Warisan Negeri Terengganu.
Borang permohonan boleh diambil di Pejabat YPU / Website YPU. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke YPU. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima dan akan dikembalikan.

Pegawai Penilai akan membuat lawatan ke premis / ruang perniagaan bagi memproses dan menilai permohonan pemohon.

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pengurusan Kredit akan dilaksanakan bagi mendapatkan keputusan kelulusan atau penolakan permohonan.

Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah permohonan diluluskan
1. Penyaluran dana pembiayaan akan dimasukkan terus ke akaun peminjam.

2. Peminjam perlu menghantar:
Muka hadapan akaun Bank Islam
atau
Muka hadapan akaun bank lain (Tidak Digalakkan)
Dan salinan Kad Pengenalan bagi proses kemasukan duit dan bayaran balik pembiayaan.

3. Bayaran balik pembiayaan adalah secara Auto Debit menggunakan akaun yang diberikan.
1. Pemohon adalah berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.

2. Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu / bermastautin di Terengganu (>10 tahun berserta bukti) dan menjalankan perniagaan di Terengganu.

3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.

4. Pemohon mestilah mengemukan dua (2) orang penjamin.

5. Mempunyai tempat / ruang perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.

6. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah dan aktif dari tarikh pendaftaran SSM sekurang-kurangnya 1 tahun.

7. Mempunyai penyata bank pemohon / syarikat yang aktif 1 tahun.

8. Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.

9. Tidak mempunyai rekod bayaran / kewangan yang tidak memuaskan dengan mana-mana agensi kewangan yang lain.

10. Pemohon mestilah berdaftar sebagai Ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT).