DANA USHAWAN & INDUSTRI MIKRO TERENGGANU (DUIT)

Dana Usahawan & Industri Mikro Terengganu (DUIT) adalah merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu yang bertujuan untuk membantu peniaga – peniaga kecil serta Industri Mikro.

1. PROGRAM GERAI MAJU (PGM)
2. BANTUAN PERNIAGAAN PENIAGA KECIL (BPPK)

Jumlah Pembiayaan:
Maksima RM5,000.00

Konsep Geran:
80 % YPU – 20 % Usahawan

Tujuan:
Pembelian mesin dan peralatan sahaja.
Terbuka kepada :-

Khusus kepada Usahawan PKS yang Berprestasi Tinggi (Pasaran Luar Negera).

Memperbaharui atau ke Arah Pensijilan Halal Malaysia.

Usahawan bagi produk Kraf dan Warisan Negeri Terengganu.
Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.

Pegawai Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan memproses dan menilai permohonan anda, termasuk lawatan ke premis perniagaan.

Pengeluaran geran akan dibuat setelah permohonan diluluskan kepada pembekal dengan syarat pemohon telah menjelaskan bayaran 20 % kepada pembekal.
Borang pemohonan yang lengkap diisi.

Gambar berukuran passport

Salinan Mykad pemohon.

Salinan kad keahlian persatuan.

Salinan keahlian SUT.

Lesen perniagaan (SSM), gambar produk & premis perniagaan dan borang A & D (jika berkenaan).

Senarai barangan / peralatan yang diperlukan. (1 pembekal sahaja)

Lakaran pelan lokasi. (Google Maps tidak diterima)
1. Pemohon adalah berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.

2. Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu dan menjalankan perniagaan di Terengganu .

3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.

4. Mempunyai tempat / ruang perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus. (BUKAN premis perniagaan kekal).

5. Memiliki lesen perniagaan SAH yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan.

6. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah dan aktif dari tarikh pendaftaran SSM sekurang-kurangnya 6 bulan.

7. Telah berdaftar dengan Persatuan Peniaga & Penjaja Kecil Melayu Malaysia (PPPKM) sekurang-kurangnya 6 bulan sebagai ahli

8. Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.

9. Pemohon mestilah berdaftar sebagai Ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.

Tambahan Syarat untuk Program Gerai Maju (PGM):-

1. Bagi pemohon yang telah menjalankan perniagaan sahaja (ganti baru) dan mempunyai kelulusan PBT.

2. Gerai / perniagaan baru dan lokasi baru tidak dibenarkan.

3. Kelayakan satu (1) gerai satu sahaja.

4. Gerai adalah mudah alih, bukan tapak kekal/binaan kekal.