DANA PRIHATIN TERENGGANU - OKU (D-HATI)

Skim Dana Prihatin Terengganu – OKU (D-HATI) merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu yang bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaannya.

Jumlah Pembiayaan:
Maksima RM5,000.00

Konsep Geran:
80 % YPU – 20 % Usahawan

Tujuan:
Pembelian mesin dan peralatan sahaja.
Semua sektor perniagaan yang TIDAK bercanggah dengan undang-undang Malaysia.
Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.

Pegawai Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) akan memproses dan menilai permohonan anda, termasuk lawatan ke premis perniagaan.

Pengeluaran geran akan dibuat setelah permohonan diluluskan kepada pembekal dengan syarat pemohon telah menjelaskan bayaran 20 % kepada pembekal.
Borang pemohonan yang lengkap diisi.

Gambar berukuran passport

Salinan Mykad pemohon.

Salinan Kad OKU.

Lesen perniagaan (SSM), gambar produk & premis perniagaan dan borang A & D (jika berkenaan).

Gambar Produk.

Sebutharga atau senarai barangan atau peralatan yang diperlukan.

Salinan Kad Keahlian SUT.

Salinan Daftar Pemilih (SPR).

Lakaran pelan lokasi. (Google Maps tidak diterima)
1. Pemohon adalah berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.

2. Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu dan menjalankan perniagaan di Terengganu .

3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.

4. Pemegang Kad OKU Sahaja.

5. Memiliki lesen perniagaan SAH yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan.

6. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah dan aktif dari tarikh pendaftaran SSM sekurang-kurangnya 3 bulan.

7. Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.