SAHABAT USAHAWAN TERENGGANU (SUT)

Program Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) diwujudkan bertujuan untuk menambah dan meningkatkan jalinan keusahawanan melalui pengukuhan komuniti usahawan di Negeri Terengganu.

Melahirkan usahawan yang berilmu dan berpengetahuan dalam aspek pengurusan serta mempunyai ciri-ciri usahawan yang berdaya saing melalui latihan dan kursus yang dianjurkan.

Membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan di kalangan rakyat Negeri Terengganu.

Memperkukuhkan komuniti usahawan di dalam dan di luar Negeri Terengganu melalui Rakan Strategik dengan Usahawan dan NGO Keusahawanan.

Berpeluang untuk menambah jalinan hubungan (networking) sesama ahli SUT serta lain-lain usahawan dalam dan luar negeri.

Hebahan berkait kursus atau program YPU akan dihebahkan melalui emel, facebook dan chanel telegram .

Berpeluang mendapatkan manfaat perkhidmatan yang ditawarkan oleh YPU seperti Pembiayaan, Sewaan Premis & Kilang, Pembangunan Produk, Penyertaan Event serta Kursus & Seminar anjuran YPU.

WARGANEGARA MALAYSIA berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan mestilah BUMIPUTERA .

Operasi perniagaan mestilah DIJALANKAN DI NEGERI TERENGGANU dan perniagaan yang sah disisi undang-undang Malaysia.

Bagi RAKYAT NEGERI TERENGGANU terbuka kepada semua termasuk yang menjalankan perniagaan di luar Negeri Terengganu (Perantau).

Bagi BUKAN RAKYAT NEGERI TERENGGANU tetapi menetap di Negeri Terengganu melebihi 10 tahun, boleh memohon SURAT BERMASTAUTIN di PEJABAT DAERAH masing-masing dahulu sebelum memohon keahlian Sahabat Usahawan Terengganu.

Sekiranya permohonan oleh pemohon tidak lengkap sepenuhnya, pihak YPU berhak untuk tidak memproses permohonan tersebut.

PAKEJ 1
– RM10 untuk keahlian selama 1 Tahun

PAKEJ 2
– RM25 untuk keahlian selama 3 Tahun

PAKEJ 3
– RM40 untuk keahlian selama 5 tahun

NOTA: Segala pembayaran perlu dijelaskan secara atas talian ke Akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), No Akaun: 130 1000 2013 711 ATAU pembayaran boleh dijelaskan di Kaunter Pembayaran YPU.

TATACARA PENDAFTARAN / PEMBAHARUAN KEAHLIAN SAHABAT USAHAWAN TERENGGANU (SUT)
LANGKAH 1
Sila buat semakan keahlian anda pada pautan dibawah. Sekiranya status keahlian tuan / puan TIADA REKOD atau TELAH TAMAT TEMPOH, sila ikuti langkah proses pendaftaran /pembaharuan
LANGKAH 2
Usahawan perlu membuat pembayaran yuran secara online ke akaun BANK MUAMALAT YPU
13010002013711
Sila SCREENSHOT BUKTI PEMBAYARAN untuk dimuatnaik ke dalam borang permohonan SUT.
LANGKAH 3
Usahawan hendaklah klik pautan / link di bawah untuk ke halaman borang pendaftaran secara atas talian.
LANGKAH 4
Setelah berjaya ke halaman borang pendaftaran anda dikehendaki mengisi borang pendaftaran ahli SUT dengan lengkap dan betul.
(Ahli baru ataupun pembaharuan ahli)
PERINGATAN
Kepada IC luar Terengganu sila memuat naik surat mustatin atau salinan IC ibu/bapa yang lahir di Terengganu
LANGKAH 5
Permohonan yang berjaya dihantar akan diproses oleh pihak VPU untuk proses seterusnya dalam tempoh 5 hari bekerja selepas tarikh pendaftaran.
Maklumat keahlian SUT anda boleh disemak melalui pautan dibawah.

Sekiranya terdapat masalah berkait pendaftaran ahli SUT, boleh hubungi talian:
09-6242424 / 013-9870091