SKIM PEMBIAYAAN PERANTAU

Skim Pembiayaan PERANTAU merupakan salah satu kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu yang bertujuan untuk membantu usahawan tempatan memperkembangkan lagi perniagaannya. Pembiayaan ini adalah berasaskan kepada prinsip Al-Qardh Al-Hasan.

Jumlah Pembiayaan:
RM10,000.00 – RM50,000.00

Jangkamasa Bayaran:
Sehingga 60 bulan

Cagaran / Caj Keuntungan:
Tiada

Kadar Caj Perkhidmatan:
RM100.00 bagi setiap kelulusan

Penjamin:
Kakitangan Kerajaan / Swasta (Yang telah disahkan oleh Majikan)
Berumur 18 – 55 tahun
Had Gaji Kasar Penjamin:
Minima RM1,500.00 ( ≤ RM30,000)
Minima RM2,500.00 ( ≥ RM30,001)
1. Sektor Peruncitan:
Restoran, kedai runcit, pakaian, perkakasan dapur, kraftangan, perhiasan, produk kesihatan dan lain-lain yang berkaitan

2. Sektor Perkhidmatan:
Jahitan, studio gambar, kerja kimpalan, bengkel motor, pembaikian (elektrikal / aircond), taska, spa, pembekal / vendor peralatan dan lain-lain yang berkaitan.

3. Sektor Pembuatan:
Industri kecil seperti memproses makanan,perkilangan dan lain-lain yang berkaitan.

4. Sektor Pelancongan:
Industri kecil seperti memproses makanan,perkilangan dan lain-lain yang berkaitan.
Borang permohonan boleh diambil di Pejabat YPU / Website YPU. Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap dan dihantar ke YPU. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima dan akan dikembalikan.

Pegawai Penilai akan membuat lawatan ke premis / ruang perniagaan bagi memproses dan menilai permohonan pemohon.

Mesyuarat Jawatankuasa Penilaian dan Pengurusan Kredit akan dilaksanakan bagi mendapatkan keputusan kelulusan atau penolakan permohonan.

Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah permohonan diluluskan
1. Penyaluran dana pembiayaan akan dimasukkan terus ke akaun peminjam.

2. Peminjam perlu menghantar:
Muka hadapan akaun Bank Islam
atau
Muka hadapan akaun bank lain (Tidak Digalakkan)
Dan salinan Kad Pengenalan bagi proses kemasukan duit dan bayaran balik pembiayaan.

3. Bayaran balik pembiayaan adalah secara Auto Debit menggunakan akaun yang diberikan.
1. Pemohon adalah berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.

2. Perniagaan adalah milikan rakyat Terengganu tetapi menetap dan menjalankan perniagaan di luar Terengganu.

3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.

4. Mempunyai premis perniagaan TETAP dan jenis perniagaan yang khusus.

5. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah dan aktif dari tarikh pendaftaran SSM sekurang-kurangnya:
6 bulan bagi pembiayaan RM30,000 dan kebawah.
1 tahun bagi pembiayaan RM30,001 dan keatas.

6. Mempunyai penyata bank pemohon / syarikat yang aktif:
3 bulan bagi pembiayaan RM30,000 dan kebawah.
6 bulan bagi pembiayaan RM30,001 dan keatas.

7. Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.

8. Tidak mempunyai rekod bayaran / kewangan yang tidak memuaskan dengan mana-mana agensi kewangan yang lain.

9. Pemohon mestilah berdaftar sebagai Ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT).