KUALA TERENGGANU, 10 November 2021 – YB Haji Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman menerusi Program Jejak Usahawan Terengganu turun padang ke Maxreh Tailor, syarikat perniagaan berasaskan jahitan pakaian yang diusahakan oleh graduan program Usahawan Belia Sejahtera Terengganu (UBES).

YB yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, SUmber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, amat cakna akan pencapaian belia-belia usahawan yang kini giat berkembang di Negeri Terengganu. Menerusi program UBES ini, YB berharap akan wujud lebih ramai lagi usahawan-usahawan muda di Negeri Terengganu pada masa hadapan.

Mohd Arif beramah mesra bersama YB Haji Mohd Nurkhuzaini serta pegawai daripada YPU yang berkunjung
Mohd Arif beramah mesra bersama YB Haji Mohd Nurkhuzaini serta pegawai daripada YPU yang berkunjung

Mohd Arif Mahadi yang merupakan pengusaha syarikat Maxreh Tailor ini mula bergiat dalam bidang jahitan pakaian secara kecil-kecilan dan telah bertapak di Kompleks Kampung Tiong. Dengan peluang yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui program UBES ini, Mohd Arif berhasrat akan mengembangkan lagi perniagaan yang dijalankan tersebut ke peringkat yang lebih berdaya saing.

Menu