SKIM TABUNG SITI KHADIJAH
(TSK)

Skim Tabung Siti Khadijah (TSK) merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh YPU bertujuan untuk membantu usahawan wanita Terengganu memperkembangkan lagi perniagaannya berasaskan prinsip Al-Qardh Al-Hasan.

PERINCIAN PEMBIAYAAN
  1. Jumlah
    => RM5,000.00 hingga RM30,000.00
  2. Jangkamasa Bayaran
    => Sehingga 48 Bulan
  3. Cagaran
    => Tiada
  4. Kadar Caj Keuntungan
    => Tiada
  5. Penjamin (Had Pinjaman adalah Tertakluk kepada Had Gaji Penjamin)
    Had Gaji Minima Penjamin / Had Pinjaman
    RM2,000.00 / RM5,000 – RM10,000.00
    RM2,500.00 / RM10,001.00 – RM20,000.00
    RM3,000.00 / RM20,001.00 – RM30,000.00
  6. Premis
    => Mempunyai Premis Perniagaan Tetap
SKOP PERNIAGAAN
  1. Sektor Perniagaan
    Restoran, Kedai Runcit, Pakaian, Perkakas Dapur, Kraftangan, Perhiasan, Produk Kesihatan, dan lain-lain berkaitan.
  2. Sektor Perkhidmatan
    Jahitan, Studio Gambar, Kerja Kimpalan, Bengkel Permotoran, Membaiki Peralatan Elektrik, SPA dan lain-lain berkaitan.
  3. Sektor Pembuatan
    Industri Kecil seperti memproses makanan, perkilangan dan lain-lain berkaitan.
CARA MEMOHON PEMBIAYAAN
  1. Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
  2. Pegawai Pembiayaan YPU akan memproses dan menilai permohonan anda, termasuk mengadakan lawatan ke premis perniagaan yang dinyatakan.
  3. Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah permohonan diluluskan.
SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
  2. Perniagaan adalah milikan Rakyat Terengganu dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
  3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
  4. Mempunyai premis perniagaan tetap dan jenis perniagaan yang khusus.
  5. Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan.
  6. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
  7. Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.
  8. Pemohon mestilah menjadi ahli Sahabat Usahawan Terengganu dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
  2. Salinan MyKad Pemohon.
  3. Salinan MyKad Penjamin.
  4. Gambar berukuran passport.
  5. Lesen perniagaan SSM, Perniagaan, Permit Perniagaan, dan borang A & D (jika berkenaan).
  6. Gambar Produk.
  7. Gambar Premis Perniagaan.
  8. Salinan Penyata Bank selama 3 bulan terkini.
  9. Salinan Slip Gaji Penjamin.
  10. Surat Tawaran Perniagaan / Surat Sokongan.
  11. Sebutharga atau senarai barangan atau peralatan yang diperlukan.
  12. Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima.)
Menu