SKIM PEMBIAYAAN MUDAH USAHAWAN
Skim Pembiayaan Mudah Usahawan (SPMU) merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh YPU bertujuan untuk membantu usahawan Terengganu bagi meningkatkan operasi perniagaan.
PERINCIAN PEMBIAYAAN
- Jumlah
=> RM5,000.00 - Jangkamasa Bayaran
=> Sehingga 25 Bulan - Cagaran
=> Tiada - Kadar Caj Keuntungan
=> Tiada - Kadar Caj Perkhidmatan
=> RM100 bagi setiap kelulusan - Penjamin
=> Tiada
SKOP PERNIAGAAN
- Sektor Peruncitan
Restoran, Kedai Runcit, Pakaian, Perkakas Dapur, Kraftangan, Perhiasan, Produk Kesihatan, dan lain-lain berkaitan. - Sektor Perkhidmatan
Jahitan, Studio Gambar, Kerja Kimpalan, Bengkel Permotoran, Membaiki Peralatan Elektrik, SPA, Taska, Pembekal/Vendor Peralatan dan lain-lain berkaitan. - Sektor Pembuatan
Industri Kecil seperti memproses makanan, perkilangan dan lain-lain berkaitan. - Sektor Pelancongan
Homestay, Ejen Pelancongan, Houseboat dan lain-lain berkaitan. (Hendaklah berdaftar dengan Agensi Pelancongan yang berkaitan)
CARA MEMOHON PEMBIAYAAN
- Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
- Pegawai Pembiayaan YPU akan memproses dan menilai permohonan anda, termasuk mengadakan lawatan ke premis perniagaan yang dinyatakan.
- Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah permohonan diluluskan.
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
- Perniagaan adalah milikan Rakyat Terengganu/Bermastautin di Terengganu (lebih dari 10 Tahun berserta bukti) dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
- Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
- Mempunyai premis dan jenis perniagaan yang khusus.
- Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan.
- Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai Sijil Pendaftaran Perniagaan (SSM) yang masih sah dan aktif sekurang-kurangnya 3 bulan dari tarikh pendaftaran SSM (tertakluk kepada Syarikat Milikan Tunggal dan Perkongsian sahaja).
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.
- Pemohon mestilah menjadi ahli Sahabat Usahawan Terengganu dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang permohonan yang lengkap diisi.
- Salinan MyKad Pemohon.
- Salinan MyKad Pasangan/Waris.
- Gambar berukuran passport.
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM).
- Salinan Penyata Bank Perniagaan (3 Bulan Terkini).
- Sebutharga atau senarai barangan atau peralatan yang diperlukan.
- Laporan CCRIS dari Bank Negara atau Laporan CTOS.
- Salinan Keahlian SUT.
- Salinan Daftar Pemilih (SPR).
- Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima.)