SKIM PEMBIAYAAN “MOBILE TRUCK” TERENGGANU
Skim Pembiayaan “Mobile Truck” Terengganu (SPMT) merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bertujuan untuk membantu usahawan Terengganu memperkembangkan lagi perniagaannya berasaskan prinsip Skim Pinjaman Tanpa Faedah Al-Ijarah.
PERINCIAN PEMBIAYAAN
- Jumlah
=> Maksima sehingga RM75,000.00 - Jangkamasa Bayaran
=> Sehingga 84 Bulan / 7 Tahun - Cagaran
=> Tiada - Kadar Caj Keuntungan
=> 2.0 Peratus (%) - Penjamin (Had Pinjaman adalah Tertakluk kepada Had Gaji Penjamin)
=> Kakitangan Kerajaan / Swasta
SKOP PERNIAGAAN
- Sektor Perniagaan “Food Truck”
Pembelian Van dan Peralatan bagi tujuan menjalankan aktiviti “Food Truck” sahaja.
CARA MEMOHON PEMBIAYAAN
- Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
- Pegawai Pembiayaan YPU akan memproses dan menilai permohonan anda.
- Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah permohonan diluluskan.
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
- Perniagaan adalah milikan Rakyat Terengganu dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
- Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR) sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
- Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan.
- Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.
- Tidak memiliki rekod kurang memuaskan dengan mana-mana institusi kewangan.
- Pemohon mestilah menjadi ahli Sahabat Usahawan Terengganu dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang permohonan yang lengkap diisi.
- Salinan MyKad Pemohon.
- Salinan MyKad Penjamin.
- Gambar berukuran passport.
- Lesen perniagaan SSM, Permit Perniagaan dan borang A & D (jika berkenaan).
- Gambar Produk.
- Gambar Premis Perniagaan.
- Salinan Penyata Bank selama 3 bulan terkini.
- Salinan Slip Gaji Penjamin.
- Surat Tawaran Perniagaan / Surat Sokongan.
- Sebutharga atau senarai barangan atau peralatan yang diperlukan.
- Sebutharga van / “Food Truck” dan kelengkapan.
- Laporan CCRIS dari Bank Negara Malaysia (BNM) atau Laporan CTOS.
- Salinan Daftar Pemilih (SPR).
- Lakaran pelan lokasi perniagaan – cadangan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima)