SKIM PEMBIAYAAN DANA USAHAWAN INDUSTRI ASAS TANI
Skim Pembiayaan Dana Usahawan Industri (DUNIA) merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bertujuan untuk membantu Usahawan Industri Asas Tani Terengganu memperkembangkan lagi perniagaannya berasaskan kepada prinsip Al-Qardh Al-Hasan.
PERINCIAN PEMBIAYAAN
- Jumlah
=> RM5,000.00 hingga RM30,000.00 - Jangkamasa Bayaran
=> Sehingga 48 Bulan - Cagaran
=> Tiada - Kadar Caj Keuntungan
=> Tiada - Penjamin (Had Pinjaman adalah Tertakluk kepada Had Gaji Penjamin)
=> Kakitangan Kerajaan / Swasta
Had Gaji Minima Penjamin / Had Pinjaman
RM2,000.00 / RM5,000.00 – RM10,000.00
RM2,500.00 / RM10,001.00 – RM20,000.00
RM3,000.00 / RM20,001.00 – RM30,000.00
SKOP PERNIAGAAN
*Sektor Perniagaan:-
- Sektor Pertanian
- Sektor Penternakan
- Sektor Akuakultur
*Aktiviti Perniagaan:-
- Pemprosesan
- Hiliran
- Huluan
- Sokongan
CARA MEMOHON PEMBIAYAAN
- Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
- Pegawai Pembiayaan YPU akan memproses dan menilai permohonan anda termasuk lawatan ke premis perniagaan.
- Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah permohonan diluluskan.
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
- Perniagaan adalah milikan Rakyat Terengganu dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
- Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
- Mempunyai premis perniagaan dan jenis perniagaan yang khusus.
* Premis Tetap (Penyata Bank 3 Bulan)
* Tiada Premis Tetap (Penyata Bank Perniagaan 6 Bulan) - Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan.
- Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah sekurang-kurangnya selama 6 bulan.
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.
- Pemohon mestilah menjadi ahli Sahabat Usahawan Terengganu dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang permohonan yang lengkap diisi.
- Salinan MyKad Pemohon.
- Salinan MyKad Penjamin.
- Gambar berukuran passport.
- Lesen perniagaan SSM, Permit Perniagaan dan borang A & D (jika berkenaan).
- Gambar Produk.
- Gambar Premis Perniagaan.
- Salinan Penyata Bank selama 3 bulan terkini.
- Salinan Slip Gaji Penjamin.
- Surat Tawaran Perniagaan / Surat Sokongan.
- Sebutharga atau senarai barangan atau peralatan yang diperlukan.
- Laporan CCRIS & CTOS dari Bank Negara Malaysia (BNM)
- Salinan Keahlian SUT.
- Salinan Daftar Pemilih (SPR)
- Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima.)