SKIM PEMBIAYAAN ATAS TALIAN TERENGGANU
(SPINT)

Skim Pembiayaan Atas Talian Terengganu (SPINT) merupakan kemudahan yang disediakan oleh Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) bertujuan untuk membantu usahawan Terengganu memperkembangkan lagi perniagaan yang dijalankan secara atas talian.

PERINCIAN PEMBIAYAAN
  1. Jumlah
    => RM5,000.00 hingga RM10,000.00
  2. Jangkamasa Bayaran
    => Sehingga 22 Bulan
  3. Cagaran
    => Tiada
  4. Kadar Caj Keuntungan
    => Tiada
  5. Penjamin (Had Pinjaman adalah Tertakluk kepada Had Gaji Penjamin)
    Had Gaji Minima Penjamin / Had Pinjaman
    RM2,000.00 / RM5,000 – RM10,000.00
  6. Insentif
    => Rebat 25% sekiranya bayaran memuaskan tanpa sebarang tunggakan.
SKOP PERNIAGAAN
  1. Pembelian bahan mentah dan produk jualan.
  2. Pembelian peralatan ICT untuk jualan.
  3. Pembelian mesin / peralatan yang akan membantu perniagaan / perusahaan yang diceburi.
  4. Modal kerja / pusingan / promosi online.
CARA MEMOHON PEMBIAYAAN
  1. Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
  2. Pegawai Pembiayaan YPU akan memproses dan menilai permohonan anda termasuk lawatan ke premis perniagaan.
  3. Pengeluaran pembiayaan akan dibuat setelah permohonan diluluskan.
SYARAT PERMOHONAN
  1. Warganegara Malaysia berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
  2. Perniagaan adalah milikan Rakyat Terengganu dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
  3. Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
  4. Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah sekurang-kurangnya selama 6 bulan. (Pendaftaran perniagaan atas talian)
  5. Aktif menggunakan aplikasi media sosial atau lain-lain aplikasi IT untuk perniagaan.
  6. Pemohon mestilah menjadi ahli Sahabat Usahawan Terengganu dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
  2. Salinan MyKad Pemohon.
  3. Salinan MyKad Penjamin.
  4. Gambar berukuran passport.
  5. Lesen perniagaan SSM, Permit Perniagaan, dan borang A & D (jika berkenaan).
  6. Gambar Produk.
  7. Salinan Penyata Bank selama 3 bulan terkini.
  8. Salinan Slip Gaji Penjamin.
  9. Surat Tawaran Perniagaan / Surat Sokongan.
  10. Sebutharga atau senarai barangan atau peralatan yang diperlukan.
  11. Laporan CCRIS / CTOS dari Bank Negara Malaysia.
  12. Salinan Keahlian SUT.
  13. Salinan Daftar Pemilih SPR.
  14. Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima.)