SKIM DANA PRIHATIN TERENGGANU – OKU
Skim Dana Prihatin Terengganu – OKU (D-HATI) merupakan satu kemudahan yang disediakan oleh YPU bertujuan untuk membantu usahawan OKU Terengganu memperkembangkan lagi perniagaannya.
PERINCIAN PEMBIAYAAN
- Jumlah
=> Maksima Sehingga RM5,000.00 - Konsep Geran
=> 80% YPU & 20% Usahawan - Tujuan
=> Pembelian Mesin & Peralatan Sahaja
SKOP PERNIAGAAN
Semua sektor perniagaan yang TIDAK bercanggah dengan undang-undang Malaysia.
CARA MEMOHON GERAN
- Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
- Pegawai Pembiayaan YPU akan memproses dan menilai permohonan anda termasuk lawatan ke premis perniagaan.
- Pengeluaran geran akan dibuat setelah permohonan diluluskan kepada pembekal dengan syarat pemohon telah menjelaskan bayaran sebanyak 20% kepada pembekal.
SYARAT PERMOHONAN
- Warganegara Malaysia berumur 18 tahun – 55 tahun dan mestilah Bumiputera.
- Perniagaan adalah milikan Rakyat Terengganu dan menjalankan perniagaan di Terengganu.
- Pemohon mestilah telah berdaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia sebagai Pemilih di Negeri Terengganu.
- Pemegang Kad OKU Sahaja.
- Memiliki lesen perniagaan yang sah yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan atau persekutuan.
- Telah menjalankan perniagaan dan mempunyai pendaftaran perniagaan SSM yang masih sah sekurang-kurangnya selama 3 bulan.
- Terlibat secara langsung dalam perniagaan (owner operating) serta beroperasi sepenuh masa.
- Pemohon mestilah menjadi ahli Sahabat Usahawan Terengganu dan telah mendapat khidmat nasihat dan bimbingan serta menghadiri kursus yang dianjurkan oleh YPU.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang permohonan yang lengkap diisi.
- Gambar berukuran passport.
- Salinan MyKad pemohon.
- Salinan Kad OKU.
- Lesen perniagaan SSM, Premis Perniagaan, dan borang A & D (jika berkenaan).
- Gambar Produk.
- Sebutharga atau senarai barangan atau peralatan yang diperlukan.
- Salinan Kad Keahlian SUT.
- Salinan Daftar Pemilih (SPR).
- Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima.)