SKIM BANTUAN PENINGKATAN KUALITI PRODUK
(SBPKP)
-PEMBUNGKUSAN-

Skim Bantuan Peningkatan Kualiti Produk (SBPKP) diperkenalkan kepada usahawan tempatan dalam usaha membantu dalam pembangunan produk usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan usahawan IKS Terengganu dalam konteks peningkatan daya maju usahawan.

PERINCIAN SKIM
  1. Had Skim Bantuan
    => Sehingga RM5,000.00
  2. Bentuk Bantuan
    => 50% Usahawan ; 50% YPU
SKOP PERNIAGAAN
  1. Usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Terengganu.
  2. Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Terengganu.
CARA MEMOHON PEMBIAYAAN
  1. Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
  2. Pegawai Pembangunan Produk YPU akan memproses dan menilai permohonan anda.
  3. Pengeluaran bantuan akan dibuat setelah permohonan diluluskan.
SYARAT PERMOHONAN
  1. Pemohon mestilah menjadi ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT).
  2. Usahawan SDSI atau Usahawan IKS beroperasi di Terengganu.
  3. Keutamaan kepada anak jati Negeri Terengganu.
  4. Memiliki Pendaftaran Perniagaan SSM yang masih sah.
  5. Produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan memiliki potensi untuk dipasarkan ke pasaran luar Terengganu.
  6. Pemohon akan mendapat bantuan satu (1) kali sahaja dalam tempoh 3 tahun.
  7. Jenis bantuan yang disediakan adalah bukan berbentuk kewangan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
  2. Salinan MyKad Pemohon.
  3. Salinan Pendaftaran Perniagaan SSM / Borang A & D.
  4. Gambar Produk.
  5. Gambar Premis Perniagaan.
  6. Maklumat Nutrisi
  7. Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima.)
Menu