SKIM BANTUAN PENINGKATAN KUALITI PRODUK
(SBPKP)
-PAPAN TANDA-

Skim Bantuan Peningkatan Kualiti Produk (SBPKP) diperkenalkan kepada usahawan tempatan dalam usaha membantu dalam pembangunan produk usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) dan usahawan IKS Terengganu dalam konteks peningkatan daya maju usahawan.

PERINCIAN SKIM
  1. Had Maksima Bantuan
    => Sehingga RM5,000.00
  2. Bentuk Bantuan
    => 50% Usahawan | 50% YPU
SKOP PERNIAGAAN
  1. Usahawan Satu Daerah Satu Industri (SDSI) Terengganu.
  2. Usahawan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) Terengganu.
CARA MEMOHON SKIM
  1. Dapatkan borang permohonan daripada YPU dan isi dengan lengkap. Borang yang tidak lengkap tidak akan diterima atau akan dikembalikan.
  2. Pegawai Pembangunan Produk YPU akan memproses dan menilai permohonan anda.
  3. Keutamaan adalah diberikan kepada usahawan IKS Terengganu.
SYARAT PERMOHONAN
  1. Pemohon mestilah menjadi ahli Sahabat Usahawan Terengganu (SUT).
  2. Usahawan SDSI atau Usahawan IKS beroperasi di Terengganu.
  3. Keutamaan kepada anak jati Negeri Terengganu.
  4. Memiliki Pendaftaran Perniagaan SSM yang masih sah.
  5. Produk yang dihasilkan adalah berkualiti dan memiliki potensi untuk dipasarkan ke pasaran luar Terengganu.
  6. Jenis bantuan yang disediakan adalah bukan berbentuk kewangan.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
  1. Borang permohonan yang lengkap diisi.
  2. Salinan MyKad Pemohon.
  3. Salinan Pendaftaran Perniagaan SSM / Borang A & D.
  4. Gambar Produk.
  5. Gambar Premis Perniagaan.
  6. Maklumat Nutrisi
  7. Lakaran pelan lokasi perniagaan. (Google Maps tidak diterima.)
Menu