KENYATAAN SEBUTHARGA
PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN TANPA SENJATA DI BANGUNAN HAK MILIK YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU
- Tawaran Sebutharga adalah dipelawa daripada kontraktor-kontraktor Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang 220801 dan yang masih sah tempohnya dibenarkan membuat tawaran adalah dipelawa untuk menyertai Sebutharga ini.
No. Sebutharga: YPU/01/2022/JKT
Tarikh Pembukaan Tender: 20 Januari 2022
Tarikh Tutup Tender: 30 Januari 2022
- Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Kontraktor dipersilakan melaporkan diri dan menghadiri lawatan tapak pada 20 Januari 2022 pukul 10.00 pagi di Pusat Dagangan Terengganu, Padang Hiliran, Kuala Terengganu.
- Borang Sebutharga boleh diperolehi dari Pejabat Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman semasa waktu pejabat pada 20 Januari 2022 . Harga bagi Dokumen Tender ini ialah RM50.00 dan bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang atau wang pos atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU.
- Borang Sebutharga ini hanya dikeluarkan kepada Kontraktor atau wakil-wakil Kontraktor yang sah sahaja, oleh yang demikian wakil-wakil Kontraktor hendaklah menunjukkan surat pendaftaran ASAL Kementerian Kewangan dan surat wakil syarikat.
- Tawaran Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan tajuk dan No. Sebutharga di sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran atau menghantar ke alamat berikut:-
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Pusat Dagangan Terengganu, Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu. - Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu berhak menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian cadangan tawaran.
- Pertanyaan Hubungi Talian : 09-6242424 – Aminuddin Bin Abdullah / Zunaidah Binti Mohamad.