SAHABAT USAHAWAN TERENGGANU
Program Sahabat Usahawan Terengganu (SUT) diwujudkan bertujuan untuk menambah dan meningkatkan jalinan keusahawanan melalui pengukuhan komuniti usahawan di Negeri Terengganu.
OBJEKTIF
- Melahirkan usahawan yang berilmu dan berpengetahuan dalam aspek pengurusan serta mempunyai ciri-ciri usahawan yang berdaya saing melalui latihan dan kursus yang dianjurkan.
- Membudayakan keusahawanan sebagai kerjaya pilihan di kalangan rakyat Negeri Terengganu.
- Memperkukuhkan komuniti usahawan di dalam dan di luar Negeri Terengganu melalui Rakan Strategik dengan Usahawan dan NGO Keusahawanan.
MANFAAT KEAHLIAN
- Berpeluang untuk menambah jalinan hubungan (networking) sesama ahli SUT serta lain-lain usahawan dalam dan luar negeri.
- Hebahan berkait kursus atau program YPU akan dihebahkan melalui emel, facebook dan chanel telegram di https://t.me/SahabatUsahawanTerengganu
- Berpeluang mendapatkan manfaat perkhidmatan yang ditawarkan oleh YPU seperti Pembiayaan, Sewaan Premis & Kilang, Pembangunan Produk, Penyertaan Event serta Kursus & Seminar anjuran YPU.
CARA MEMOHON KEAHLIAN
- Klik DAFTAR KEAHLIAN/PEMBAHARUAN KEAHLIAN dan lengkapkan maklumat pendaftaran.
- Pegawai Pembangunan Usahawan akan memproses permohonan keahlian tersebut samaada keahlian baharu ataupun pembaharuan keahlian tersebut.
- Pemprosesan data permohon akan diselesaikan sekurang-kurangnya selama tujuh (7) hari bekerja.
- Pemohon akan menerima emel yang mengandungi maklumat pendaftaran atau pembaharuan keahlian berbentuk KOD QR KEAHLIAN.
SYARAT KELAYAKAN
- WARGANEGARA MALAYSIA berumur tidak kurang daripada 18 tahun dan mestilah BUMIPUTERA.
- Operasi perniagaan mestilah dijalankan di Negeri Terengganu dan perniagaan yang sah disisi undang-undang Malaysia.
- Bagi RAKYAT NEGERI TERENGGANU terbuka kepada semua termasuk yang menjalankan perniagaan di luar Negeri Terengganu (Perantau).
- Bagi BUKAN RAKYAT NEGERI TERENGGANU tetapi menetap di Negeri Terengganu melebihi 10 tahun, boleh memohon surat pemastautin di PEJABAT DAERAH masing-masing dahulu sebelum memohon keahlian Sahabat Usahawan Terengganu.
- Sekiranya permohonan oleh pemohon tidak lengkap sepenuhnya, pihak YPU berhak untuk tidak memproses permohonan tersebut.
KADAR BAYARAN KEAHLIAN
(KEAHLIAN BAHARU & PEMBAHARUAN KEAHLIAN)
- PAKEJ 1
– RM10 untuk keahlian selama 1 Tahun - PEKAJ 2
-RM25 untuk keahlian selama 3 Tahun - PAKEJ 3
-RM40 untuk keahlian selama 5 tahun
Nota: Segala pembayaran perlu dijelaskan secara atas talian ke Akaun Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB) Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), No Akaun: 130 1000 2013 711 ATAU pembayaran boleh dijelaskan di Kaunter Pembayaran YPU.