PROGRAM USAHAWAN BELIA SEJAHTERA
Program Usahawan Belia Sejahtera (UBES) telah diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk memberi peluang kepada warga belia dan beliawanis tempatan agar memilih bidang keusahawanan sebagai kerjaya pilihan.
PERINCIAN MANFAAT
- Latihan Keusahawanan & Bimbingan Dalam Perniagaan
- Geran Peralatan:-
RM5,000.00 - Geran Pembangunan Perniagaan (Kepada Yang Layak Sahaja):-
Sehingga RM2,000.00 - Coaching / Pemantauan Perniagaan
OBJEKTIF PROGRAM
Program ini memberi fokus kepada belia dan beliawanis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil kemahiran yang tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat IPTA/IPTS dan berminat untuk menceburi / mengembangkan perniagaan sedia ada.
MODUS OPERANDI PROGRAM
Tempoh Program : 6 Bulan
Pemantauan : 1 Tahun
- Permohonan Online.
- Temuduga Peserta (Senarai Pendek).
- Latihan Keusahawanan.
- Geran Peralatan (RM5,000.00).
- Geran Pembangunan Perniagaan (Sehingga RM2,000.00).
*Nota: Hanya kepada peserta yang layak sahaja. - Pemantauan / Coaching.
SYARAT PERMOHONAN
- Bumiputera, Islam dan Rakyat Terengganu.
- Kelayakan pendidikan minimum Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya.
- Berminat menjadi usahawan sepenuh masa.
- Berumur 18-35 tahun.
- Sekiranya berniaga, mestilah tidak melebihi 3 tahun beroperasi.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Salinan Kad Pengenalan Ibu/Bapa (Jika Berkaitan)
- Salinan Kad Pengenalan Pemohon.
- Gambar Pemohon.
- Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf.
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat (SSM) (Jika Berkaitan).