Pendaftaran sebagai kontraktor atau pembekal kepada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu.
TERMA DAN SYARAT
- Setiap syarikat Kontraktor/Pembekal yang berurusan dengan YPU adalah diwajibkan mendaftar dengan YPU.
- Borang pendaftaran yang disediakan hendaklah diisi dengan lengkap, bertandatangan dan mempunyai cop rasmi syarikat.
- Maklumat yang diisi mestilah benar, tepat dan lengkap. Permohonan yang tidak lengkap dengan sendirinya terbatal.
- Jika berlaku sebarang perubahan dalam butiran pendaftaran, sila maklumkan kepada pihak pengurusan YPU.
- Permohonon ini bukan merupakan perjanjian untuk mendapatkan mana-mana kerja/kontrak/sebutharga/tender dengan YPU.
- Setiap permohonan pendaftaran dikenakan bayaran sebanyak RM100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) dengan tempoh sah laku selama dua (2) tahun.
- Pembaharuan pendaftaran pula dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 (Ringgit Malaysia: Tiga Puluh Sahaja) dengan tempoh sah laku selama satu (1) tahun.
DOKUMEN YANG DIPERLUKAN
- Borang Pendaftaran Kontraktor/Pembekal Lengkap
- Salinan Sijil / Lesen yang disahkan:
- Sijil Pendaftaran Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
- Sijil Akuan Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)
- Sijil Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK)-CIDB Malaysia
- Sijil Pendaftaran Pusat Khidmat Kontraktor (PKK)
- Sijil Pendaftaran SST – Jabatan Kastam Malaysia
- Sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK)/PUKONSA/UPKJ
- Lain-lain sijil/lesen berkaitan (sekiranya berkaitan)
- Profil Syarikat.
- Penyata Kewangan tiga (3) bulan terkini.