KENYATAAN SEBUTHARGA

CADANGAN KERJA-KERJA MEMBAIKPULIH KEROSAKAN TANGKI SEPTIK DI PUSAT DAGANGAN TERENGGANU (TTC)

  1. Tawaran Sebutharga ini adalah diperlawa kepada kontraktor-kontraktor Bumiputera sebagaimana berikut : –
    • Berdaftar dengan Kementerian Kewangan di bawah Kod Bidang 221010 (Khidmat Kebersihan dan Rawatan Kolam Kumbahan) ATAU Berdaftar Dengan  CIDB Gred G1 Kategori B Pengkhususan B27
    • DAN Permit D Yang Berdaftar Dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara yang berdaftarDAN yang masih sah tempohnya dibenarkan membuat tawaran untuk menyertai sebutharga ini:
      No. Sebutharga: YPU/01/2024/JRT
      Tarikh Pembukaan Tender: 5 Mac 2024
      Tarikh Tutup Tender: 10 Mac 2024
  1. Lawatan tapak adalah DIWAJIBKAN. Kontraktor dipersilakan melaporkan diri dan menghadiri lawatan tapak pada  3 Mac 2024 Jam 10.00 Pagi di Pejabat Pentadbiran Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU), Pusat Dagangan Terengganu, Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu.
  2. Borang Sebutharga boleh diperolehi dari Pejabat Pentadbiran Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Pusat Dagangan Terengganu (TTC), Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu Darul Iman semasa waktu pejabat pada 5 Mac 2024 . Harga bagi Dokumen Tender ini ialah RM50.00 dan bayaran hendaklah dibuat dengan menggunakan kiriman wang atau wang pos atas nama YAYASAN PEMBANGUNAN USAHAWAN TERENGGANU.
  3. Borang Sebutharga ini hanya dikeluarkan kepada Kontraktor atau wakil-wakil Kontraktor yang sah sahaja, oleh yang demikian wakil-wakil Kontraktor hendaklah menunjukkan surat pendaftaran ASAL Kementerian Kewangan  dan  surat wakil syarikat.
  4. Tawaran Sebutharga hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bermeterai dan bertanda dengan tajuk dan No. Sebutharga di sebelah kiri sampul surat dan hendaklah dimasukkan ke dalam peti tawaran atau menghantar ke alamat berikut:-
    Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Pusat Dagangan Terengganu, Padang Hiliran, 21100 Kuala Terengganu, Terengganu.
  5. Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu tidak terikat untuk menerima cadangan tawaran terendah atau mana-mana cadangan tawaran. Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu berhak menerima, menolak atau membatalkan keseluruhan atau sebahagian cadangan tawaran.
  6. Pertanyaan Hubungi Talian : 09-6242424  – Aminuddin Bin Abdullah / W. M. Ariffuddin Bin W. Isa.