KENYATAAN KERJA UNDI SECARA DALAM TALIAN
Kerja-Kerja Menaiktaraf Bangunan Dan Kerja Berkaitan Di Kompleks Usahawan Terengganu (KUT)
- Cabutan undi adalah dipelawa untuk kontraktor-kontraktor Bumiputera dalam Daerah Besut dan Kuala Terengganu yang mempunyai Perakuan Pendaftaran Kontraktor (PPK) sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) dengan Gred G1, Kategori dan Pengkhususan seperti senarai kerja sebagaimana lampiran.
Tarikh Undi : Akan Dimaklumkan kemudian.
Masa : Akan Dimaklumkan kemudian.
Secara Langsung di : FACEBOOK Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu, Terengganu.
- Pendaftaran akan dibuat melalui capaian google form yang akan dipaparkan pada FACEBOOK Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu pada tarikh 17 Oktober 2021 (AHAD) jam 9.00 pagi sehingga 18 Oktober 2021 (ISNIN) jam 9.00 pagi.
- Syarat-syarat kelayakan untuk menyertai proses kerja undi adalah sebagaimana berikut ;-
- Terbuka kepada kontraktor Gred G1 Yang berdaftar di Negeri Terengganu dan beralamat di Daerah Besut dan Kuala Terengganu sahaja.
- Kontraktor hendaklah berdaftar dengan CIDB dan mempunyai perakuan Pendaftaran Konntraktor (PPK) sijil Perolehan Kerja Kerajaan (SPKK) dan Sijil Taraf Bumiputera (STB) hendaklah masih berkuatkuasa.
- Kontraktor yang telah mendapat kerja undi, Lantikan Terus atau Kerja Sebutharga Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu bagi Tahun 2021 tidak benarkan menyertai kerja undi ini.
- Kontraktor yang berjaya akan dimaklumkan secara email atau telefon.
- Mana-mana kontraktor yang telah membuat pendaftaran adalah bersetuju dan mengaku bahawa semua maklumat yang diberikan adalah benar dan sekiranya meklumat yang diberikan tidak benar/palsu, kontraktor tersebut adalah dengan ini bersetuju syarikatnya tidak layak untuk disenaraikan dan tidak layak mendapat sebarang kerja dalam proses undi ini.