Sesi Temuduga Pemilihan Peserta Program U-BES 3.0
KUALA TERENGGANU – Seramai 388 peserta telah berjaya terpilih untuk Sesi Temuduga Pemilihan Peserta Program Usahawan Belia Sejahtera (U-BES) 3.0. Sesi pemilihan yang diadakan di Pejabat Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) ini berlangsung selama 4 hari bermula pada 13 Februari 2022 dan berakhir pada 16 Februari 2022.
Program U-BES diperkenalkan sebagai satu langkah Kerajaan Negeri Terengganu dalam usaha untuk memberi peluang kepada warga belia tempatan agar memilih keusahawanan sebagai kerjaya pilihan. Program ini memberi fokus kepada belia dan beliawanis lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau sijil kemahiran yang tidak dapat menyambung pengajian ke peringkat IPTA/IPTS dan berminat untuk menceburi / mengembangkan perniagaan sedia ada.

Haji Mohd Iskandar Bin Muhammad Aziz, Ketua Pegawai Eksekutif YPU turut sama menjadi panel penilai bagi peserta program U-BES 3.0
