Produk Rempah Cap Bunga Rose Ke Pasaran Antarabangsa
KUALA TERENGGANU – Sebanyak 6,000 paket rempah masakan Cap Bunga Ros akan dipasarkan ke pasaran Australia terutamanya di Sydney, Adelaide, Melbourne dan Perth.
Majlis pelepasan produk ini pada 8 Februari 2022 lalu telah dirasmikan oleh YB Haji Mohd Nurkhuzaini Bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna, diiringi oleh pegawai daripada Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) serta beberapa pegawai daripada agensi dibawah Urusetia Pembangunan Usahawan Terengganu (PEUTER).
Produk Cap Bunga Ros ini telah diusahakan oleh Syarikat Hassan Majid Sdn Bhd yang merupakan syarikat milik usahawan Negeri Terengganu. Usahawan ini sangat aktif menyertai program dan aktiviti anjuran Kerajaan Negeri Terengganu, YPU serta agensi-agensi keusahawanan tempatan yang lain.

YB Haji Mohd Nurkhuzaini serta delegasi agensi keusahawanan Terengganu bersama-sama Pengusaha Cap Bunga Ros merasmikan Pelancaran Produk Cap Bunga Ros Ke Pasaran Australia.