Program Jejak Usahawan Ke Premis Milik Graduan Program Usahawan Graduan Terengganu (PUGT) 3.0, Syarikat Lubelab Sdn Bhd
KUALA TERENGGANU – YB Haji Mohd Nurkhuzaini
Bin Ab. Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Industri Mikro
dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Terengganu menerusi Program Jejak Usahawan Terengganu
menjejak pengusaha Syarikat Lubelab Sdn Bhd yang diusahakan oleh Nor Ismahadi Bin
Ismail. Nor Ismahadi merupakan salah seorang graduan program latihan keusahawan
untuk graduan anjuran Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) iaitu Program
Graduan Usahawan Terengganu (YPU).
YB telah diiringi oleh Haji Zulkifli Bin Yunus, Ketua Pegawai Operasi YPU serta delegasi daripada YPU bersama-sama turun padang ke premis tersebut bagi melihat sejauh mana hasil yang telah dicapai oleh usahawan yang dibantu oleh Kerajaan Negeri Terengganu melalui YPU ini.
Pengusahanya, Nor Ismahadi, pada mulanya bertapak di Gong Badak, Kuala Nerus, namun kini, dengan membawakan konsep perniagaan baharu, beliau telah mengembangkan perniagaan dengan pembukaan cawangan perniagaan baharu di Gong Kapas, Kuala Terengganu.

YB Haji Mohd Nurkhuzaini dalam sesi bergambar bersama pengusaha Lubelab serta pegawai daripada YPU